Wednesday 23 January 2013

program merentas desa

assalamualaikum..

program merentas desa SK TMN EHSAN berlangsung di Taman Botani Kepong.. penyertaan murid dari tahun 4, 5 dan 6. perlawanan adalah di antara rumah sukan Merah, Biru, Kuning dan Hijau. program berlangsung pada 23 januari 2013 pukul 3petang. 

skema macam pemberita tak? huhu..kenapakah macam kehabisan idea nak tulis blog? mungkinkah effect daripada penulisan RPH menyebabkan blog terkena tempiasnya? hehe. baik. baik. jom tengok apa yang berlaku pada hari kejadian..


 murid-murid berkumpul didalam khemah mengikut rumah masing-masing.

larian bermula..sebenarnya program ni takdala merentas desa sangat sebab tak kena masuk sungai,panjat bukit dan sebagainya..cuma lari satu pusingan Taman Botani je. mudah..kami yang jaga check point pon tak perlu nak fikir-fikir soalan kuiz ke apa..tunggu je diaorang lalu dan lambai-lambai, tangkap gambar dan bagi semangat..mudahkan?  ^__^

 tapi taman ni maha luas..cikgu sendiri pon naik semput follow anak murid..hihi

 habis larian, semua berebut-rebut nak beli air..pandai cikgu-cikgu berniaga yer..licin jualan..hihi

 ganjaran yang bakal menanti para pemenang..

 semangat betul cikgu-cikgu ni berniaga..macam boleh tukar profesion jer..hehe

 berkelah ramai-ramai melepaskan lelah..

 para pemenang..

 menunggu keputusan diumumkan..

 juara tahun 6 lelaki..rumah hijau.

 tak tahu la ini nombor berapa..banyak sangat pemenang. saya tak sempat ingat semua nama pemenang.hukhuk


aktiviti tamat..gotong royong membersihkan kawasan supaya tidak didenda pihak pengurusan Taman Botani..hehe. majlis bersurai pada pukul 5petang. sekian...


Sunday 20 January 2013

selamat ber'praktikum' !!

assalamualaikum...

tepat pukul 12 nanti, 21 januari menjelma..yes! demam praktikum bakal bermula. sebenarnya demam praktikum dah bermula lebih awal dari tarikh 21 januari..siap dengan migrain lagi..huhu. tapi harus la tempuh demi mencapai matlamat. 




ya..kengkawan saya sumanya hebat, dasyat dan terbaikkk...pasti boleh!! (semangat kemain..ni nak semangatkan diri sendiri sebenarnya..=P)


pelik tak pelik tengok saya sempat lagi update blog walaupon nervous berada di paras bahaya. ini hanyalah entri pendek. saya cuma nak wish selamat ber'praktikum' buat semua kengkawan. semoga kita berjaya menempuh praktikum ni dengan baik.. semoga pensyarah yang datang observe juga baik dan sudi membantu. harus doa pensyarah yang tak garang sebab sampai sekarang saya masih belum dapat apa-apa maklumat dari IPGBM..sedih..ok.ok.tak nak buang masa sebab sekarang masa dah macam emas..hehe. so, terimala ucapan ini..ikhlas dari saya buat kata sokongan dan dorongan..^__^






Wednesday 16 January 2013

mesyuarat agong sukan

assalamualaikum..

suka betul blog nih update pasal mesyuarat kan? macam dah tak ada perkara lain nak publish..wuhuhu. tak kisah la apa jua yang kalian katakan kerana ini sahaja yang termampu admin fikirkan. awal tahun memang tak ada aktiviti yang menarik melainkan mengadap semua tugasan mengajar sahaja. masih terlalu awal untuk segala macam aktiviti. walaupon begitu, aktiviti kokurikulum sudah bermula di sekolah saya..

aktiviti kokurikulum di sekolah saya sudah bermula pada minggu lepas. tapi oleh kerana ketika itu saya sibuk untuk menjadi pencatat ketika mesyuarat diadakan, jadi tak sempat nak ambil gambar. sedih...dengan itu, pada minggu ini saya meletakkan jawatan sebagai pencatat dan melantik diri sendiri sebagai photographer..boleh macam tuh? hihi




awal-awal lagi saya dah menunjukkan komitmen yang sangat baik. hehe. murid-murid beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku. prosedur baru sekolah kami. masa dengan GPK lama, tak payah nak beratur-beratur. terus jer masuk kelas..=P


nyanyian lagu Negaraku


saya salah seorang guru rumah merah..alhamdulilah. mula-mula waktu GPK koko keluarkan nama guru-guru rumah sukan, saya adalah guru rumah kuning. tapi mujur ada seorang cikgu ni minta tukar sebab nak duduk rumah sukan dengan anak dia. jadi saya pon terbang ke rumah merah..hepy sangat sebab saya peminat tegar merah..hehe


proses pemilihan ahli jawatankuasa rumah merah


ini dia hasil kata sepakat ahli-ahli rumah merah


selesai mesyuarat rumah merah, sesi kedua pulak menyusul iaitu unit sukan. saya guru penasihat sukan hoki..bukan setakat guru penasihat tetapi saya memegang jawatan setiausaha. ada yang nak gelakkan saya? harus jela gelakkan saya sebab saya bukan sahaja tidak pandai main hoki, kalau mintak saya tunjuk batang hoki pon dah tentu-tentu saya tak tahu..huhu..tapi tetap sahaja redha sebab sudah dipertanggungjawabkan..



sesi pemilihan ahli jawatankuasa hoki..


ini pula keputusan akhir


alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.sekian..


Wednesday 9 January 2013

gotong-royong mencantikkan bilik JQAF

assalamualaikum..

alhamdulilah..diberi kesempatan nak update blog nih..2 minggu sudah sesi persekolahan bermula.macam-macam perkara yang perlu dilakukan.tak terkira kerja yang datang selambak berlambak-lambak..wahh..kenapakah teruk betul ayat?? hihi. sengaja mengada-ngadakan ayat supaya kalian nampak bahawa kerja saya sememangnya banyak. ( macam saya sorang jerk keja banyak kan? =P )

baik..hari ni terasa betul nak update blog melukis pelangi ni sebab dah datang kesedaran secara tiba-tiba.ya..kesedaran datang secara tiba-tiba kerana blog ini adalah tanggungjawab saya dan saya juga bertanggungjawab ke atas markah blog ini.huhu.

dengan itu..ini lah update terbaru dari blog ini..

GOTONG-ROYONG MENCANTIKKAN BILIK JQAF







semangat tak ustaz dan ustazah ni semua? alhamdulilah..dapat rakan sekerja yang sangat rajin dan baik-baik belaka..mudah untuk bekerjasama.sebenarnya bilik JQAF dekat SK TMN EHSAN ni ada 4 buah bilik. campur dengan surau jadi 5 buah bilik yang perlu guru JQAF & guru pendidikan Islam perlu kemas dan cantikkan..dan kami guru JQAF & guru pendidikan Islam cuma berjumlah 9 orang..kadang tak sempat fikir bilik-bilik ni suma bila kerja sekolah selambak belambak-lambak..hehe. insyaAllah..semoga dipermudahkan semua urusan.AMIN...

Tuesday 1 January 2013

selamat memulakan sesi persekolahan

 assalamualaikum..

sejak blog ini wujud, belum pernah saya update secara serius.post yang ada sebelum ini juga hanya wujud kerana berada didalam kelas TMK..kesian blog ini..sudah berhabuk dan bersawang.huhu

sepatutnya sejak 2 hari lepas saya dah bercita-cita untuk upload segala gambar yang sempat saya snap sewaktu meeting di sekolah.sekolah saya meeting sangat banyak kot.bermula dari 26.12.12 hari tu kami sebagai guru harus pergi ke sekolah setiap hari.diulangi.setiap hari ya..huhu.tapi internet di rumah sangat slow.saya memerlukan masa yang amat lama untuk upload sekeping gambar.bila dah nak siap upload gambar,secara tiba-tiba internet disconnect.wuhuhu.saya menangis tak berlagu!

jadi post kali ni sebagai laporan untuk menyatakan bahawa sekolah saya sangat serius untuk memastikan kami guru-guru dapat menjalankan tugas dengan baik apabila menjelangnya 2013 nanti.

Ini adalah maklumat detail tentang perkara yang kami lakukan ketika datang sekolah setiap hari pada waktu cuti :

  • 26.12.12 (RABU) : LDP VLE FROG & Mesyuarat BKGS
  • 27.12.12 (KHAMIS) : Mesyuarat Agong Guru & LDP Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • 28.12.12 (JUMAAT) : Mesyuarat Kurikulum,Kokurikulum & HEM
  • 29.12.12 (SABTU) : Pendaftaran Pelajar Tahun 1
  • 31.12.12 (ISNIN) : Mesyuarat Transisi Tahun 1 & Hantar RPH

 ~~ baik..ada tak sekolah kalian yang sedemikian rupa seperti sekolah saya? ^__^ ~~

gambar saya taknak upload..saya pasti akan migrain menunggu gambar di upload.makanya,tiada bukti yang dapat disertakan.mungkin next time saya akan complain pada maxis centre supaya pacakkan menara maxis betul-betul depan rumah saya.so,takkan ada masalah internet lagi.hehe