Thursday 27 June 2013

maksud istilah guru ganti, guru interim dan guru sandaran

assalamualaikum...

Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar. Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41. Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.

Istilah ini digunakan buat individu yang tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru. Kebiasaannya mereka ini akan bertugas sebagai guru ganti yang akan memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.

Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru gantiyang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.

Thursday 6 June 2013

GURU MU'ALIM, MU'ADDIB, MURABBI, MURSYID DAN MUDDARIS

assalamualaikum...


Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.


Thursday 30 May 2013

video set induksi

assalamualaikum...

hari ni nak berkongsi beberapa video set induksi yang saya guna untuk ditayangkan kepada murid tahun 1. tak mau tulis panjang-panjang..jom layan jer beberapa video dibawah...




sumber : youtube