Wednesday, 16 January 2013

mesyuarat agong sukan

assalamualaikum..

suka betul blog nih update pasal mesyuarat kan? macam dah tak ada perkara lain nak publish..wuhuhu. tak kisah la apa jua yang kalian katakan kerana ini sahaja yang termampu admin fikirkan. awal tahun memang tak ada aktiviti yang menarik melainkan mengadap semua tugasan mengajar sahaja. masih terlalu awal untuk segala macam aktiviti. walaupon begitu, aktiviti kokurikulum sudah bermula di sekolah saya..

aktiviti kokurikulum di sekolah saya sudah bermula pada minggu lepas. tapi oleh kerana ketika itu saya sibuk untuk menjadi pencatat ketika mesyuarat diadakan, jadi tak sempat nak ambil gambar. sedih...dengan itu, pada minggu ini saya meletakkan jawatan sebagai pencatat dan melantik diri sendiri sebagai photographer..boleh macam tuh? hihi




awal-awal lagi saya dah menunjukkan komitmen yang sangat baik. hehe. murid-murid beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku. prosedur baru sekolah kami. masa dengan GPK lama, tak payah nak beratur-beratur. terus jer masuk kelas..=P


nyanyian lagu Negaraku


saya salah seorang guru rumah merah..alhamdulilah. mula-mula waktu GPK koko keluarkan nama guru-guru rumah sukan, saya adalah guru rumah kuning. tapi mujur ada seorang cikgu ni minta tukar sebab nak duduk rumah sukan dengan anak dia. jadi saya pon terbang ke rumah merah..hepy sangat sebab saya peminat tegar merah..hehe


proses pemilihan ahli jawatankuasa rumah merah


ini dia hasil kata sepakat ahli-ahli rumah merah


selesai mesyuarat rumah merah, sesi kedua pulak menyusul iaitu unit sukan. saya guru penasihat sukan hoki..bukan setakat guru penasihat tetapi saya memegang jawatan setiausaha. ada yang nak gelakkan saya? harus jela gelakkan saya sebab saya bukan sahaja tidak pandai main hoki, kalau mintak saya tunjuk batang hoki pon dah tentu-tentu saya tak tahu..huhu..tapi tetap sahaja redha sebab sudah dipertanggungjawabkan..



sesi pemilihan ahli jawatankuasa hoki..


ini pula keputusan akhir


alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.sekian..


No comments:

Post a Comment