Friday, 1 March 2013

set induksi

assalamualaikum...

banyak-banyak part dalam P&P saya rasa part set induksi la yang paling susah dan mencabar. kenapa? sebab kita kena cipta sesuatu yang dapat buat murid berfikir. emm..saya rasa saya yang berfikir terlampau lama sampai mengambil masa berhari-hari untuk cipta set induksi sedangkan murid fikir untuk beberapa saat ja bila tengok saya punya bahan..hoho. nampak benor cikgu tak berapa kreatif..=P

selalunya set induksi yang paling mudah ialah download video dekat youtube banyak-banyak dan pasangkan dekat murid. kerja mudah. murid pon memang suka sangat tengok video nih. tapi oleh kerana kelas saya dekat surau, tak ada kemudahan LCD, jadi saya lebih suka buat kaedah manual. apa yang mudah dan terlintas di kepala. cuma, kadang-kadang harus jugak buat tayangan. bila buat tayangan saya akan mintak tukar kelas dengan guru JQAF lain untuk guna bilik JQAF utama. untuk entry kali ni, saya kongsikan serba sedikit idea 'tak bernas' saya..haha. hanya idea dari otak yang sangat kering. T_T

puzzle

saya dapat idea ni dari mikro teaching itu hari..haha. ciplak idea kawan-kawan. saya suka puzzle sebab senang betul nak handle. murid-murid dah tahu camna nak main. cuma perlu beri tunjuk ajar ja. well, dapat pujian jugak daripada guru pembimbing masa dia datang observe..*kembang semangkuk. padahal idea ciplak..=P

 gambar huruf tersembunyi

ini adalah idea sendiri. habis fikir la ni nak buat apa.haha. dengan lukisan comot. warna comot. ahhh..tak peduli! lama betul tak pegang pensil warna. ini la jadinya. bukan kreatif sangat saya ni. tapi kannnn...budak-budak puji jugak. " cantikla ustazah lukis " ( hikhik..malu.* siap tutup muka lagi )

ini sama jugak..kalau yang kat atas tadi comot yang kat bawah ni kategori apa? comotttt sangatttt..ish! lukisan budak darjah 1 lagi bagus daripada ini tau. malu dengan karya sendiri yang dah berumur 25 tahun..huhu. well, bukan semua orang dilahirkan kreatif lagi inovatif. =P


silang kata

ini set induksi murid tahun 3. diaorang belajar imbuhan. jadi rasanya silang kata agak sesuai untuk menjana daya pemikiran diaorang. ( suka-suka masukkan perkataan menjana. fahamkah apa itu menjana?? diri sendiri  pon confius. hukhuk * garu kepala )

baik..itu sahaja untuk entry kali ini. akan share lagi pada entry lain. ada lagi bahan-bahan yang belum di 'snap'. sengaja buat sikit-sikit. nak cerita apa dalam blog ni kalau semua dah cerita awal-awal. hihi..

~sekian~

No comments:

Post a Comment