assalamualaikum...
kali ni saya nak berkongsi bahan bantu mengajar yang wajib digunakan dan paling femes dalam carta fikiran saya.haha. ketika otak kekeringan idea, bahan-bahan inilah yang saya guna. sudah di recycle berkali-kali okay. tambah-tambah bila sangat sibuk dan tak sempat nak buat BBM, saya akan pakai jerk bahan-bahan sedia ada..
kad imbasan
kad imbasan memang standart la kena buat kan. ajar la apa pon, kad imbasan harus ada. kalau tak ada, macam tak lengkap. dan semalas-malas @ sesibuk-sibuk budak praktikum, rasanya kad imbasan ni wajib jugak kena buat. jadi..kalau dah rasa diri tuh budak praktikum, sila jangan malas-malas yerk..heee
kotak beracun / bola beracun
permainan yang paling senang dan wajib ada bagi setiap guru praktikum. over tau sampai letak hukum 'wajib' dekat permainan nih. haha. bukan apa..saat kita sangat sibuk @ terdesak kita boleh campak jer apa-apa kertas arahan dalam kotak dan suruh murid-murid gerakkan bola ikut muzik. nak masukkan apa dalam kotak, terserah pada P&P masing-masing.
plastersin
kalau kalian ajar murid tahun 1 yang masih belajar huruf, ini adalah bahan wajib. menggunakan plastersin, murid boleh buat pelbagai bentuk huruf. pesanan, sila cari plastersin yang bertulis 'non toxic' pada kotak demi keselamatan anak bangsa kita..^_^
kertas warna dan pen warna
selalu dalam RPH kita akan tulis objektif, murid dapat mengenal, membaca dan menulis..betul tak? jadi, aktiviti menulis perlu dipelbagaikan supaya murid-murid rasa seronok untuk menulis. kalau kebiasaan kita asyik suruh murid tulis dalam buku tulis 80sen tuh, apa kata sekali sekala keluarkan sedikit bajet untuk murid menulis dalam kertas warna menggunakan pen warna. suruh diaorang tulis huruf pada setiap kertas, pastu nanti mintak diaorang tunjukkan huruf yang diaorang tulis beramai-ramai. seronokkkk..
antara hasil kerja murid. cantik jugakkan tulisan diaorang? saya rasa tulisan saya masa darjah satu dulu pon tak cantik camni..jeless ustazah.sobsob
carta huruf hijaiyah
carta ni saya buat untuk menyanyi..hehe. haa..kalau nak tahu, aktiviti menyanyi adalah aktiviti wajib yang saya buat untuk murid tahun 1 pemulihan. kalau tak menyanyi tak sah. kira masuk tahun 1 nih macam buat latihan vokal la jugak. haha. tak sia-sia belajar SDP dekat maktab. berseni jugak rupanya insan bernama Naqhiah nih..agaga.
contoh lagu yang saya guna :
tanya 1 Arif, ini huruf apa?
nanti jawab saya, itu huruf Ba
tanya 1 Arif, ini huruf apa?
nanti jawab saya, itu huruf Ta
( nada : tanya sama pokok )
Alif diatas, A A A
Ba diatas Ba Ba Ba
Ta diatas Ta Ta Ta
Sa diatas Sa Sa Sa
A Ba Ta Sa
A Ba Ta Sa
( nada : sendirian berhad. haha. sila berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut.=P )
baik..itu sahaja perkongsian untuk kali ini.semoga bermanfaat..^_^
sekian..
No comments:
Post a Comment