assalamualaikum...
baik..perkongsian diteruskan lagi. sementara masih belum selesai di observe, saya memang agak giat berfikir untuk menjadi seorang yang lebih kreatif daripada biasa. saya tahu orang lain memang kreatif amat. tak dapek diri nih nak menandingi ke'kreatif'an orang lain. hoho.
tapi kalau nak kira sejarah dalam hidup saya, inilah masanya saya menjadi sangat kreatif. dulu masa kat sekolah, belajar pendidikan seni pon tak kreatif. saya hanya seorang manusia skema. ahh..sadissnya. jadi jom la tengok apa sangat yang 'budak mengada' nih buat sampai bajet diri sendiri sangat kreatif.
eleh! -,-'
PANCING BOTOL
orang lain pancing ikan kan? ha..saya buat lain sikit. sebabnya masa nak tulis RPH tu saya memang tak bajet saya akan jumpa permainan pancing ikan. sebab dah berapa kali saya round dekat Tesco untuk cari permainan ikan asyik tak jumpa-jumpa. last-last saya fikir buat sendiri la senang. so,saya tulis dalam RPH pancing botol. ingat nak pegi cari jer ranting kayu buat pancing. sekali tengok-tengok saya round lagi sekali kat Tesco dah terjumpa pulak pancing ikan. aiseyh..penat tau orang punggah rumah cari botol. last-last timbul pulak permainan nih. tapi oleh kerana dah tulis dalam RPH pancing botol, so go on jela dengan permainan nih. cuma pancing tu saya tak pakai ranting la. guna pancing yang ada dekat permainan ikan tu..
DADU HIKMAH
tak tahu apa hikmahnya..hehe. sesuka hati letak nama sebegitu sebab nak nampak class..haha. =P baik, permainan dadu ni mudah aje. sediakan dadu dan sampul. mintak murid baling dadu dan buka sampul yang sama dengan nombor dekat dadu. isi dalam sampul tu kalian boleh ubah mengikut pelajaran masing-masing okay.. macam saya hari tu buat dekat kelas tahun 3. saya masukkan kata dasar dalam sampul. jadi diaorang kena bina imbuhan menggunakan kata dasar yang ada dalam sampul.
MENULIS HURUF DENGAN JARI
aktiviti menulis yang saya pelbagaikan. saya bagi kertas lukisan dan warna air. saya minta pelajar menulis menggunakan jari. tapi sebelum tu kena training dulu dengan lakar huruf atas meja. belakang kawan. biar diaorang biasa buat bentuk. barula tulis dekat kertas lukisan. hasilnya? emm, agak menarik.. ^_^
MENULIS & MENAMPAL BINTANG PADA HURUF
comel tak hasil kerja anak murid saya?? hehe. sebelum mintak diaorang tampal bintang tu dekat huruf, kena menulis dulu. tapi, saya tak bagi diaorang tulis sendiri sebab saya takut diaorang tulis kecik dan tulisan tak cantik. dah tentu-tentu hasilnya nanti tak comel. huhu. jadi saya dah tulis siap-siap. tapi secara titik-titik la. saya mintak murid sambung titik-titik yang saya dah lakarkan dan lepas tu baru tampal bintang.
~~sekian~~
No comments:
Post a Comment