assalamualaikum...
alhamdulilah..bulan April sudah datang menjenguk. tak sabar rasanya nak menunggu detik 19 April. haha. berharap sangat berakhirnya praktikum berakhirlah penderitaan yer? tsskk.. oh, NO! NO! ( sambil jari telunjuk ke kiri kanan ) tanggungjawab guru masih jauh perjalanannya. tak boleh mati semangat. sama sekali tidak boleh!! ( overnya..=P )
baiklah..kali ni nak share satu buku yang betul betul boleh menyuntik semangat membara-bara untuk menjadi seorang guru. ini dia..
GURU JUTAWAN AKHIRAT...pernah tengok? pernah dengar? pernah baca? buku ni best amat..saya baca dekat bilik JQAF. sangat best buku ni sebab penulisan dia agak santai. baca tak mengantuk pon. banyak sangat motivasi yang disuntik dalam ni supaya kita cikgu-cikgu ni sedar bahawa tanggungjawab sebagai guru sangat besar.
tengok dalam dia..cute kan? siap ada kartun-kartun lagi..ingat budak-budak je suka kartun, cikgu pon suka kartun. dengan gambar warna warni, penulisan santai memang menarik untuk dibaca. buku ni adalah HAK MILIK SEKOLAH. dalam bilik JQAF ada la beberapa buah buku ni tersusun rapi dekat rak. hai..sayangnya tak boleh menjadikan buku ini sebagai koleksi. kalau la buku ni ada jual di kedai-kedai, saya pasti akan dapatkan secara laju menggunakan baucer buku 1 Malaysia. hikhik
kalau sekolah kalian ada koleksi buku ni, boleh la baca sampai khatam. semoga kita dapat menghayati makna disebalik tanggungjawab yang diamanahkan. ingat! ini adalah pekerjaan yang amat mulia. jangan buat sambil lewa padahnya pada generasi kita nanti. semoga kita dapat menjadi jutawan akhirat..amin..
Ana ada jual buku ni... contact ana Sdr Zul 017.3000.240 atau ke fb "thebookmarque.com"
ReplyDelete