Tuesday, 14 May 2013

projek praktikum

assalamualaikum...

setelah habis praktikum barula sempat saya nak buat projek. jadi, entri kali ni saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman membuat projek mural. saya bersyukur sangat sebab saya tak buat projek ni sorang-sorang. tapi saya bergabung tenaga dengan seorang lagi guru pelatih dari IPG Ilmu Khas. mujur...kalau tak jammed jugak nak handle projek ni sorang-sorang. huhu

kami memilih untuk buat mural dekat surau sekolah di atas permintaan Guru Besar. walaupun mula-mula agak confius la juga sebab ada guru J-Qaf minta kami buat projek dekat bilik J-Qaf. fikir punya fikir, kita ikut cakap GB la kan..kuasa dia lagi besar. haha. GB minta kami tulis doa dan niat wuduk dekat kawasan ambil wuduk..

ini dia rupa tempat ambil wuduk..tak berseri langsung. huhu. dah tu siap bertampung lagi dinding dia. mula-mula dulu lagi terbaik sebab dinding tu berlubang. ingat tak entri gotong royong sekolah dulu yang saya ditugaskan kena simen lantai berlubang? ha..lebihan simen tula GPK ambik tempek dekat dinding tuh. alahai..cincai betul..haha. takpa.takpa..meh kita transform surau ni supaya berseri-seri..ecehh..


saya dan kawan malas nak main cat..jadi, kami ingat nak buat mudah-mudah jer. nak main spray.ha..bajet macam spray tu mudah sangat la kan..padahal...huhu. tulisan kitaorang ambik dekat komputer ja. tebuk tulisan tu, pastu tampal kat dinding dan spray. bunyi macam mudah sangat..

malangnya, perkara mudah ni lebih susah daripada apa yang kami sangka. huhu. pertama kali spray, cat dekat dinding tu terkopak masa kita nak cabut kertas. rupanya cat tu, cat murah lagi tiruan. ewahh..suka-suka ja label. haha. bila cat dekat dinding dah terkopak, maka kami kena buat balik. kali kedua spray, comot. cat meleleh-leleh. dah la meleleh, dia tempias merata-rata. aduhh..

kami buat lagi, spray doa pulak. dah spray doa, tiba-tiba doa tu tak cukup. doa wuduk kan panjang..dah salah. cat balik. spray balik..ahh! penat la..siap nak give up lagi. macam nak tempek sticker ja. tak mau dah main spray atau cat. dah bosan! huhu.

tapi, perangai putus asa ni tak baik..kalau cikgu cepat give up, sia-sia la bebel dekat anak murid yang malas belajar. haha. jadi, kami tetap teruskan projek kami. kami nak siapkan dalam apa cara sekalipun. walaupun badan dah sakit-sakit panjat sana sini. balik lambat tiap hari. eceh..nak kembang-kembang plak buat ayat macam seorang yang bermotivasi tinggi. haha


akhirnya....ini la hasil kerja kami. kalau kalian tengok gambar atas, maksud niat kami buat tulisan rumi kan? kami dah tukar tulisan tu kepada jawi sebab tulisan rumi yang kami buat dah comot. lubang tu tertutup la sikit dengan cat kuning mak ngah..haha.


nampak la berseri-seri sikit kan? tetiba rasa macam Eric Leong plak boleh transform surau menjadi indah..haha

 sebelum dan selepas..alhamdulilah..selesai juga..^_^

No comments:

Post a Comment