Friday, 19 April 2013

aktiviti P&P - part 3

assalamualaikum...

tepat pada tarikh 19 April 2013..praktikum sudah berakhir..yeaa! hehe. jadi kali ni saya kongsikan aktiviti P&P yang saya sempat jalankan pada minggu-minggu terakhir..



CARI HURUF DALAM TEPUNG

rasanya tak perlu kot nak terangkan cara permainan nih..just tiup jer tepung sampai nampak huruf. simple tapi menyeronokkan..^_^





PANCING SUKU KATA

itu hari buat pancing botol..kali ni saya buat pancing suku kata pulak. kad-kad tuh saya buat bentuk ikan. tak comel langsung ikan tuh..macam kena demam campak. tapi biarkan lah..janji objektif tercapai sudah..hoho






MEMBUAT KOLAM IKAN

ini aktiviti untuk murid tahun 3. saya mintak setiap murid buat satu kad berbentuk hidupan laut dimana setiap kad perlu tulis ayat mudah yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan.




tak comel mana..tapi ok la tuh..hasil mereka sendiri..saya bagi 3 bintang untuk kelas nih. dekutnya ustazah..haha


~sekian~


Saturday, 6 April 2013

gotong royong sekolah

assalamualaikum...

seminggu sebelum cuti sekolah, jemaah nazir datang ke sekolah kami dan berkampung selama seminggu. sepanjang Nazir berada disekolah memang mengerikan. huhu. al-maklumla..kata guru-guru yang lebih senior, Nazir dah lama tak datang ke sekolah kami. ada lebih kurang 10 tahun. wahh..memang lama sangat tuh. tapi kenapa Nazir datang waktu saya ada kat sekolah ni? kenapa bukan sebelum saya masuk sekolah ni? haha.

macam apa yang ketua Nazir tu cakap,

' kami datang adalah untuk mencari kesalahan anda setelah bertahun lamanya sekolah ini tidak dikunjungi Nazir. jadi harap sangat ada tindakan susulan dari pihak sekolah diatas semua teguran kami '

semua guru senyum sambil muka kelat-kelat masam. haha

jadi, minggu ini terpaksala datang ke sekolah untuk menyempurnakan teguran dari pihak Nazir. sebab, diaorang akan datang lagi untuk check samada ada perubahan yang kami buat ataupun langsung tiada tindakan susulan..

apa lagi..gotong royong la..^_^




kalau nak tahu, saya rasa ini lah gotong royong yang paling mencabar dalam hidup saya. cewahh..over tau! padahal tak la macam Fear Factor sangat. tapi ayat selalu je tak nak kalah. haha. gotong royong kali ni dipecahkan kepada 5 kumpulan. semua ketua kumpulan adalah orang-orang kuat sekolah iaitu Guru Besar, GPK Hem, GPK 1, GPK Koko, GPK Pen. Khas. saya berada dibawah GPK 1 iaitu Cikgu Ramli. nak tahu kawasan mana kumpulan kami kena buat ? moh saya list kan..


  • mengepong bahagian kumbahan dan buang batu-bata yang berselerak di atas padang.
  • memotong cermin tingkap dan pasang pada kelas yang tak cukup tingkap.
  • menyimen bahagian lantai kelas yang berlubang.
  • membersihkan bumbung surau yang penuh dengan daun kering.

ada macam Fear Faktor tak?? haha. saya siap jumpa katak puru lagi masa korek-korek bata dekat padang.. okay la tu Fear Factor ala cikgu sekolah. ^_~



simen lantai yang berlubang dalam kelas..seumur hidup saya tak penah main simen. main tanah liat penah la.hoho. sekali jadi cikgu, dapat pakej tampal simen kat lantai. haha. well, bagus jugak untuk pengalaman kan. walaupun saya tak pandai, saya tempek ja lubang tuh sampai tertutup. tak comel pon takpa. janji tertutup lubang. bunyi macam senang, tapi sebenarnya berpeluh-peluh nak tutupkan satu lubang pon. tsskk. -,-' 



panjat bumbung dan bersihkan daun-daun yang berada diatas bumbung. ini memang agak mencabarla..saya dah cuba nak naik tangga tuh. tapi kegayatan yang melampau menyebabkan saya serah tugas ni pada guru lelaki. kalau jatuh tergolek pon tahan lagi daripada cikgu perempuan yang tergolek. haha


gotong royong ni memang happening dan Fear Factor sangat. ada beberapa gambar yang saya tak snap sebab nak fokus. nanti orang menyampah pulak dengan saya sebab kalut nak tangkap gambar tapi kerja tak siap. huhu. mana yang sempat je saya masukkan dalam entry nih. cukup la nak bagitahu, tugas guru bukannya mudah macam yang orang luar sangka. kalau ada yang ingat cikgu sekarang macam Cikgu Shaari yang ' Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu tidur. Cikgu sudah tidur, mari kita main! ' ahh..zaman itu sudah berakhir. cikgu sekarang dah tak boleh nak buat part time menyanyi dekat kelab malam sampai masuk kelas tertidur-tidur. Cikgu sekarang kerja terlampau banyak sampaikan tak ada masa nak tengok katalog pon. huhu. okay la..melalut banyak pulak ni. nak cerita pasal gotong royong ja sebenarnya..hehe. sekian.


Friday, 5 April 2013

guru jutawan akhirat

assalamualaikum...

alhamdulilah..bulan April sudah datang menjenguk. tak sabar rasanya nak menunggu detik 19 April. haha. berharap sangat berakhirnya praktikum berakhirlah penderitaan yer? tsskk.. oh, NO! NO! ( sambil jari telunjuk ke kiri kanan ) tanggungjawab guru masih jauh perjalanannya. tak boleh mati semangat. sama sekali tidak boleh!! ( overnya..=P )

baiklah..kali ni nak share satu buku yang betul betul boleh menyuntik semangat membara-bara untuk menjadi seorang guru. ini dia..



GURU JUTAWAN AKHIRAT...pernah tengok? pernah dengar? pernah baca? buku ni best amat..saya baca dekat bilik JQAF. sangat best buku ni sebab penulisan dia agak santai. baca tak mengantuk pon. banyak sangat motivasi yang disuntik dalam ni supaya kita cikgu-cikgu ni sedar bahawa tanggungjawab sebagai guru sangat besar. 



tengok dalam dia..cute kan? siap ada kartun-kartun lagi..ingat budak-budak je suka kartun, cikgu pon suka kartun. dengan gambar warna warni, penulisan santai memang menarik untuk dibaca. buku ni adalah HAK MILIK SEKOLAH. dalam bilik JQAF ada la beberapa buah buku ni tersusun rapi dekat rak. hai..sayangnya tak boleh menjadikan buku ini sebagai koleksi. kalau la buku ni ada jual di kedai-kedai, saya pasti akan dapatkan secara laju menggunakan baucer buku 1 Malaysia. hikhik


kalau sekolah kalian ada koleksi buku ni, boleh la baca sampai khatam. semoga kita dapat menghayati makna disebalik tanggungjawab yang diamanahkan. ingat! ini adalah pekerjaan yang amat mulia. jangan buat sambil lewa padahnya pada generasi kita nanti. semoga kita dapat menjadi jutawan akhirat..amin..