assalamualaikum..
setelah sekian lama menyimpan perasaan untuk update blog, akhirnya pada hari ini tercapai jua..cewaahhh..menumpang wireless sekolah memang bagus dan terbaik sebab connection sangat laju selaju-lajunya..=P
minggu lepas bersamaan 31 Januari 2013, kami guru-guru JQAF bergabung dengan guru pendidikan Islam berjaya mengadakan KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 SESI YANG PERTAMA.. (highlight perkataan macamla dah berjaya melakukan misi bantuan keselamatan di Palestin..hehe)
KBS di sekolah kami dilakukan selepas sesi persekolahan iaitu pada jam 2.00 petang. memang penat sebenarnya bila dilakukan selepas waktu persekolahan. tapi oleh kerana mendengar beberapa cerita dari guru-guru lama bahawa penglibatan pelajar sangat kurang memberangsangkan kalau diadakan pada waktu cuti dan kebanyakan mereka suka lari, jadi harus sahaja kami guru-guru agama mengambil keputusan untuk melaksanakan kem selepas waktu sekolah agar program ini selamat dan terpelihara..hikhik
tepat jam 1.30petang iaitu tamat sesi persekolahan, murid-murid tahap satu diarahkan makan. perlu dan wajib makan. nanti kalau gastrik kan menyusahkan ustazah jugak..hehe. tengok la tuh..makan minum sambil berjalan. puas dah ustazah ni membebel berbuih mulut marahkan anak murid, tapi dia tenung kita sambil kelip-kelip mata lagi..*ustazah pengsan..hoho
ada sesi LDK didalam kelas tapi saya tak sempat nak snap gambar sebab kacau bilau. budak-budak pulak pantang kalau kita tangkap gambar dia. berebut nak tengok. kalau boleh nak suruh ustazah tolong cuci sekali dan frame kan dekat diaorang..T_T
selepas selesai ajar teori didalam kelas, kami bergerak ke surau untuk melakukan amali.. sesungguhnya menjadi fasilitator kepada murid kelas akhir adalah amat mencabar. dah la degil dan bising, ajar niat solat pon tak ingat-ingat. ustazah baca sorang-sorang dengan perasaan yang amat sedih.
waktu dekat surau, ajar mereka ambik wudhuk dengan betul. walaupun masih keliru antara kanan dan kiri tapi takpa la..masih ada banyak waktu lagi untuk belajar..
solat berjemaah..hanya mampu selesaikan satu rakaat sahaja sebab mereka masih belum mampu mengingat banyak bacaan dalam solat. jadi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan agar mereka mampu mengingat niat solat dan bacaan ketika rukuk, iktidal dan sujud.
walaupun masih lemah tapi insyaAllah kami guru-guru agama akan berusaha membimbing murid-murid ini sehingga mereka mampu mendirikan solat dan mengamalkan dalam kehidupan..AMIN...
No comments:
Post a Comment