Friday 22 February 2013

aktiviti P&P

assalamualaikum...

2 minggu tak update blog.. bukan sebab hidup saya sunyi sepi daripada sebarang aktiviti, tapi sangat padat maksima. sampaikan saya sendiri tak tahu cerita manakah yang patut saya publish dalam blog.

aktiviti dekat sekolah tak putus-putus. sampaikan minggu lepas yang sekolah hanya 3 hari sebab 2 hari cuti Tahun Baru Cina, tetap jugak ada program tau. datang jer sekolah hari Rabu, petangnya ada LADAP. besoknya Kem Bestari Solat tahap 2. Isnin, meeting panitia Pendidikan Islam. Selasa, LADAP lagi. Rabu, Kokurikulum..ha..pilih.pilih. nak dengar cerita yang mana satu? huhu

akhirnya, saya taknak cerita langsung bab program sekolah yang tak ada kesudahannya. baru tadi saya membelek-belek kamera dan hanset tengok beberapa gambar yang saya sempat rakamkan waktu P&P. dapat jugak idea nak update blog dan ceritakan pasal P&P. rasanya lebih menarik daripada al-kisah LADAP.

sejak jadi guru praktikum, harus saya akui yang otak kiri wajib berfungsi dengan baik demi menjayakan P&P. setiap hari pasti akan keluar soalan begini, 

" besok nak ajar apa ya? "  
" permainan apa yang sesuai nak buat dekat diaorang nih.."

jadi, untuk entry kali ni saya cuma sempat upload 3 keping gambar jer. insyaALLAH akan buat entry pasal aktiviti P&P secara bersiri dan harap dapat berkongsi idea bersama dengan kawan-kawan. ^_^


 boling

rasanya setiap sekolah mesti dah dapat BBM nih. mudah ja buat permainan boling sebab saya tak perlu buat sendiri. hehe. itu point pertama. yang kedua, pelajar memang sangat suka dengan permainan boling. excited betul bila nampak pin tu jatuh walaupun sebenarnya fokus kepada huruf lebih penting. tapi faham-faham jela..budak-budakkan..

cara main : 

1. setiap pin perlu diletakkan huruf jawi. susun pin mengikut bentuk 3 segi.
2. berikan bola kepada murid
3. bola di baling ke arah pin 
4. murid perlu meneka huruf pada pin yang jatuh


 tenteng

permainan tenteng ni pon seronok jugak buat dalam P&P. budak-budak sekarang bukan main tenteng dah macam zaman kita kecik-kecik dulu. jadi, inilah masanya untuk kita ajar diaorang warisan tok nenek moyang kita. haha. 

cara main :

1. setiap kotak mengandungi nombor. guru dikehendaki memegang sampul bernombor yang didalamnya mengandungi huruf jawi. 
2. pelajar diminta membaling uncang kedalam kotak tenteng dalam keadaan membelakangkan tenteng ( maknanya badan diaorang menghadap belakang )
3. murid dikehendaki menjawab huruf yang berada didalam sampul mengikut nombor kotak tenteng. 
4. murid bergerak didalam kotak tenteng menggunakan 1 kaki. 


senawi

ini adalah aktiviti untuk murid tahun 3..permainan senawi ni lebih kurang macam sahiba la. cuma dalam tulisan jawi. oleh kerana tahun 3 belajar perkataan berimbuhan, jadi saya mintak diaorang bina perkataan berimbuhan menggunakan huruf-huruf dalam permainan ni.

cara main, tak perlu la kot. sebab senang jer..bagi permainan ni kemudian mintak diaorang bina perkataan. mudah..sambil diaorang bina perkataan, dapat jugak kenal huruf. budak pemulihan masih banyak perlu diperkukuhkan..


~ baik..kalau kalian perasan, semua BBM yang saya muatkan dalam entry kali ni adalah hak milik sekolah. takda satu pon yang saya cipta sendiri. hehe. sebenarnya ada..tapi tak rakam la pulak. insyaALLAH, next entry saya akan kongsi BBM yang saya dah buat ya..

kalau kalian nak berkongsi idea, sila la drop komen dibawah entry ni ya..sharing is caring right? ^__^


Tuesday 5 February 2013

sambutan Maulidur Rasul 2013

assalamualaikum...

alahai..apalah update perkara yang dah basi nih? Maulid 2 minggu lepas, baru sibuk terkial-kial nak update yerk? bukankah saya patut update pasal gong xi fa cai?? ( ntah betul ka tak eja perkataan nih.. )

banyak kerja lerr..banyak sangat program sampai terasa macam nak mintak doa supaya seminggu ada 8 hari..erk?? ( ketuk kepala dengan portfolio biar urat kepala betul sikit..ngehngeh )

baik.baik..bercerita tentang sambutan Maulidur Rasul pada tahun ni, sekolah saya tak buat macam kebiasaan pada tahun-tahun lepas. tahun sebelum ni, panitia Pendidikan Islam ada buat perarakan dan ceramah. untuk tahun ni, panitia Pendidikan Islam buat beza sikit. tahun ni sambutan Maulid diraikan dengan beberapa pertandingan. 


Antara pertandingan yang diadakan ialah : 

  • mewarna bagi tahun 1 & 2
  • bercerita bagi tahap 2
  • nasyid bagi tahap 2

meriah juga bila ada penyertaan daripada murid-murid. dapatlah menyemarakkan semangat cinta Rasul.. ~_^



ini dia kumpulan yang menjuarai pertandingan nasyid..sesungguhnya saya sendiri terharu dengan nyanyian mereka yang sangat sedap. dah la nyanyi lagu Arab..sedap plak tuh. anak murid siapa la ni..ustazah terharu sampai tahap mengeluarkan air mata.. *tipu

lain-lain pertandingan saya tak ambil gambar. lokasi pertandingan lain-lain. ada buat dekat surau, ada yang buat dekat kelas.. saya cuma menjadi penonton setia didalam dewan sahaja sebab taknak terlepas melihat murid-murid yang dasyat bernasyid. hehe. over tau ustazah ni..

yang penting, majlis berjalan dengan sangat lancar..dan semua murid-murid terhibur dengan sambutan ini.. SEKIAN..



Sunday 3 February 2013

kem bestari solat tahap 1

assalamualaikum..

setelah sekian lama menyimpan perasaan untuk update blog, akhirnya pada hari ini tercapai jua..cewaahhh..menumpang wireless sekolah memang bagus dan terbaik sebab connection sangat laju selaju-lajunya..=P

minggu lepas bersamaan 31 Januari 2013, kami guru-guru JQAF bergabung dengan guru pendidikan Islam berjaya mengadakan KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 SESI YANG PERTAMA.. (highlight perkataan macamla dah berjaya melakukan misi bantuan keselamatan di Palestin..hehe)

KBS di sekolah kami dilakukan selepas sesi persekolahan iaitu pada jam 2.00 petang. memang penat sebenarnya bila dilakukan selepas waktu persekolahan. tapi oleh kerana mendengar beberapa cerita dari guru-guru lama bahawa penglibatan pelajar sangat kurang memberangsangkan kalau diadakan pada waktu cuti dan kebanyakan mereka suka lari, jadi harus sahaja kami guru-guru agama mengambil keputusan untuk melaksanakan kem selepas waktu sekolah agar program ini selamat dan terpelihara..hikhik


tepat jam 1.30petang iaitu tamat sesi persekolahan, murid-murid tahap satu diarahkan makan. perlu dan wajib makan. nanti kalau gastrik kan menyusahkan ustazah jugak..hehe. tengok la tuh..makan minum sambil berjalan. puas dah ustazah ni membebel berbuih mulut marahkan anak murid, tapi dia tenung kita sambil kelip-kelip mata lagi..*ustazah pengsan..hoho 

ada sesi LDK didalam kelas tapi saya tak sempat nak snap gambar sebab kacau bilau. budak-budak pulak pantang kalau kita tangkap gambar dia. berebut nak tengok. kalau boleh nak suruh ustazah tolong cuci sekali dan frame kan dekat diaorang..T_T


selepas selesai ajar teori didalam kelas, kami bergerak ke surau untuk melakukan amali.. sesungguhnya menjadi fasilitator kepada murid kelas akhir adalah amat mencabar. dah la degil dan bising, ajar niat solat pon tak ingat-ingat. ustazah baca sorang-sorang dengan perasaan yang amat sedih.

waktu dekat surau, ajar mereka ambik wudhuk dengan betul. walaupun masih keliru antara kanan dan kiri tapi takpa la..masih ada banyak waktu lagi untuk belajar..


solat berjemaah..hanya mampu selesaikan satu rakaat sahaja sebab mereka masih belum mampu mengingat banyak bacaan dalam solat. jadi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan agar mereka mampu mengingat  niat solat dan bacaan ketika rukuk, iktidal dan sujud.


walaupun masih lemah tapi insyaAllah kami guru-guru agama akan berusaha membimbing murid-murid ini sehingga mereka mampu mendirikan solat dan mengamalkan dalam kehidupan..AMIN...